Blog Mister Zarif

Aku Lihat | Aku Fikir | Aku Tulis

Monday, May 29, 2017

Jenis-jenis Buah Kurma Yang Patut Kita Tahu

Selamat berpuasa semua,seperti yang kita tau,kurma banyak manfaatnya,ok ni aku nak share Jenis-jenis kurma :

Jenis-jenis Kurma


1.Kurma Nabi/ Ajwa
Kurma ini berasal dari tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan citarasanya hampir mirip seperti kismis

2. Kurma Sekki
Kurma Sekki ini mempunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwana coklat-kecoklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.

3. Kurma Barhi
Kurma barhi yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.

4. Kurma Kholas
Kurma kholas berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi. Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya juga di kadar yang sedang.

5. Kurma Khidri
Kurma Khidri berwarna merah merun gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.

6. Kurma Mactoumi
Kurma mactoumi berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak permukaan agak kerepot dan kenyal tetapi rasanya manis.

7. Kurma Sokari
Kurma sokari berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.

8. Kurma Siraj
Kurma siraj berwarna kecoklatan kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa manis sedang.

9. Kurma Majol
Kurma majol berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.

10. Kurma Monief
Kurma monief berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.

Kredit : Facebook page Islam Itu Indah

Thursday, March 23, 2017



Pengiraan Menu Kalori

Pengiraan Julah Kalori Untuk Menurunkan Berat Badan | Menurunkan berat badan? Impian setiap orang yang obesiti dalam dunia ini kan? hehe.. Kebanyakkan diet orang Malaysia untuk menurunkan berat badan adalah tidak memakan nasi. Mungkin ada benarnya. Tapi bagi aku, pengambilan kalori dalam makanan adalah yang paling perlu dititikberatkan.

Badan kita memerlukan pengambilan kalori setiap hari. Akan tetapi, jumlah kalori yang diambil adalah bergantung kepada individu dan juga jantina. 

Kalori bagi lelaki : 2000 sehingga 2500 kalori
Kalori bagi wanita : 1600 sehingga 2000 kalori 

Dalam mengurangkan pengambilan kalori, jika kalori yang diambil adalah terlalu kurang, ianya juga tidak baik untuk badan. Ini adalah kerana badan juga memerlukan jumlah kalori yang tertentu untuk berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil bilangan kalori yang diperlukan sahaja. Untuk mengetahui berapa jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita, kita perlu tahu mengenai pengiraan: 


1. Basal Metabolic Rate (BMR)

Jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita. 

Jika kalori yang diambil rendah dari BMR, badan boleh mengalami kekurangan kalori yang boleh menyebabkan badan lemah, sakit dan sebagainya kerana ianya keperluan asas untuk jantung dan organ dalaman untuk berfungsi dengan baik.

2. Daily Calorie Requirement (DCR)

Jumlah kalori harian yang bergantung kepada aktiviti harian kita.


Pengiraan Basal Metabolic Rate

BMR Wanita : 655 + (6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun)
BMR Lelaki : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

Pengiraan Daily Calorie Requirement

BMR x 1.2 (jika kurang atau tiada senaman, kerja di meja)
BMR x 1.375 (senaman ringan / bersukan  1-3 hari/minggu)
BMR x 1.55 (senaman sederhana / bersukan 3-5 hari/minggu)
BMR x 1.725 (senaman berat / bersukan 6-7 hari/minggu)
BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari / bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari)

Nota : Jika mahu mengekalkan berat badan, ambil kalori bersamaan dengan DCR. Jika hendak kurangkan berat badan, ambil kalori kurang DCR tetapi jangan lebih rendah dari BMR 

Jadi, bagaimana hendak mengetahui kalori dalam makanan yang kita ambil setiap hari?


Aku menggunakan sebuah perisian myfitnesspal dari Google Play dimana ianya mempunyai data-data kalori yang terdapat dalam hampir semua jenis makanan di Malaysia. Jadi, jom la mula berdiet. hehe..

Monday, March 20, 2017

9 Tips Persediaan Mendaki Bukit Atau Gunung | Setiap orang diantara kita pasti jarang untuk pergi melakukan aktiviti mendaki atau hiking kan? Pada mereka yang tidak berpengalaman atau tidak pernah mendaki, pastinya ada perkara penting yang perlu korang ingin tahu mengenai persiapan mendaki. Oleh itu, disini aku ingin kongsikan 9 tips persediaan mendaki gunung


1. Persiapkan air semaksimum mungkin yang korang boleh bawa. Tapi, perlu diingatkan agar berat air tidak menjadi terlalu membebankan. Air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi @ kehilangan air dalam badan. Bawa sekurang-kurangnya 500ml bagi air isotonik dan 1.5 liter air kosong. Jika perlu, bawa garam.

2. Bawa makanan yang boleh memberikan tenaga yang cepat contohnya seperti coklat dan juga buah pisang (untuk pendakian daypack) Tenaga yang banyak diperlukan semasa mendaki. Jangan membawa makanan yang terlalu berat dari segi muatan. Ration makanan perlulah dibahagikan bersama dengan rakan-rakan anda

3. Sediakan juga peralatan kecemasan asas seperti minyak angin, bandage dan juga handyplus bagi menghadapi situasi yang tidak diingini berlaku.

4. Jika anda sudah membuat perancangan awal-awal untuk mendaki, pastikan korang ada membuat aktiviti sukan paling kurang 2 minggu sebelum pendakian dibuat. Jika tidak, korang pasti menyesal (pengalaman kena muscle pain kat otot peha.)

5. Pastikan segala gajet korang disimpan di dalam bekas kalis air dan dan dapat menahan hentakan kuat contohnya seperti plastik, bagi mengelakkan gajet anda rosak ketika pendakian dibuat.

6. Sila buat homework mengenai gunung atau bukit yang bakal korang daki. Ini adalah penting bagi korang untuk merancang laluan, kontur persekitaran dan juga kesukaran yang akan dialami.

7. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti mendaki. Pilih kasut yang bersesuaian. Kasut adalah penting semasa mendaki bagi mengurangkan kelicinan pendakian. Nak jimat bajet, pakai kasut Adidas Kampung.
Adidas kampung berbanding kasut hiking. Sumber : Yellow Tuktuk

8. Pendakian selalunya dimulakan pada awal pagi. Jadi, jangan makan terlalu banyak semasa sarapan pagi. Cukup sekadar mengalas perut sahaja. Sila pastikan sebelum pendakian dibuat, panaskan badan anda terlebih dahulu dengan senaman ringan.

9. Sebelum melakukan pendakian, daftarkan atau inform kepada pihak renjer hutan bagi mendapatkan keizinan dan juga sebagai langkah keselamatan jika korang tersesat.

Tips ini terhad kepada pendakian harian sahaja. Jika pendakian yang memerlukan korang bermalam, sila rujuk kepada pakar. Jika anda masih baru macam saya, disarankan bawa seorang dua yang berpengalaman dalam pendakian.




Potensi Perniagaan Milo Kiosk

Kenapa perlu berniaga dengan Milo Kiosk

Saya rasa tak perlu untuk jelaskan dengan lebih lanjut. Ini kerana, ramai golongan dari kanak-kanak sehingga orang dewasa dan warga emas kenal dengan jenama air Milo. Oleh yang demikian, jenama Milo tak perlu diperkenalkan lagi seperti perniagaan kopi hipster yang banyak diniagakan sekitar tahun 2016 lalu. 

Tetapi, adakalanya kami terjumpa mereka yang menjalankan perniagaan air Milo ini rasanya tidak berkualiti ataupun tasteless. Tidak sama seperti air Milo lori yang anda rasa semasa kecil dahulu. Sangat sedap dan sedikit berlemak.

Akan tetapi, saya ada terjumpa beberapa page dalam facebook yang mempromosikan pakej perniagaan air Milo masing-masing. Mereka ini mempromosikan rasa yang sama atau hampir sama dengan air Milo lori yang pernah dirasai dahulu.


Pakej Bisnes Air Milo Premium



























Pakej Bisnes Milo Murah





Milo Original
Mereka yang saya sebutkan ini adalah mereka yang membekalkan pakej perniagaan air Milo yang boleh saya jumpai dalam laman Facebook. Kebanyakkan pakej perniagaan air milo mereka adalah bermula dari RM 600.00 sehingga RM 3000.00 (bergantung kepada mudal anda).

Jadi, sekiranya anda berminat dengan pakej yang mereka tawarkan, anda boleh berhubung terus dengan mereka bagi memulakan perniagaan anda.

Mini Karnival Kerjaya 2017 anjuran Pusat JobsMalaysia Negeri Sembilan kali ini akan diadakan pada :

Tarikh : 25 Mac 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan Raja Melewar, Tingkat 6, Wisma Perkeso Seremban
Mini Karnival Kerjaya Negeri Sembilan 2016
Mini Karnival ini akan disertai oleh 12 syarikat iaitu :
1. Westports Malaysia Sdn. Bhd.
2. Toto Malaysia Sdn. Bhd.
3. Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd.
4. Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd.
5. Western Digital (Malaysia) Sdn. Bhd.
6. PureCircle Sdn. Bhd.
7. Mydin Mohamed Holdings Bhd.
8. TDK (Malaysia) Sdn. Bhd.
9. Hino Motors Manufacturing (Malaysia) Sdn. Bhd.
10. Nexperia Malaysia Sdn. Bhd.
11. Lexis Hibiscus Port Dickson
12. CTRM Aero Composites Sdn. Bhd. (Program Skim Latihan Dual Nasional)

Jom isi borang Pra Pendaftaran sekarang..!!
https://goo.gl/forms/SNKn2TAZVzs469FJ3

Pra Pendaftaran Mini Karnival Kerjaya 2017 


KEKOSONGAN JAWATAN
1) WESPORT MALAYSIA SDN. BHD
TERMINAL OPERATOR
KERANI OPERASI

2) TOTO MALAYSIA SDN. BHD.
* SHIPPING OFFICER
* DESIGN ASSISTANT OFFICER
* QA INSPECTOR
* OPERATOR PENGELUARAN
* QUALITY PLANNING SUPERVISOR
* PLANNING ASSISTANT OFFICER
* HUMAN RESOURCE PLANNING ASSISTANT OFFICER

3) SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA SDN. BHD.
* ENGINEER
* TECHNICIAN
* JUNIOR TECHNICIAN
* OPERATOR PAKAR PENGELUARAN

4) DAIHATSU PERODUA ENGINE MANUFACTURING SDN. BHD.
* TEAM MEMBER (OPERATOR)

5) WESTERN DIGITAL (MALAYSIA) SDN. BHD.
* PENGANALISIS TEKNOLOGI MAKLUMAT
* SUPERINTENDANT
* JURUTERA KANAN
* JURUTEKNIK
* OPERATOR

6) PURECIRCLE SDN. BHD.
* PRODUCTION TECHNICIAN
* MAINTENANCE TECHNICIAN
* PEKERJA AM
* PURCHASING EXECUTIVE
* HR INTERN

7) MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD
* JURUWANG
* PENGAWAL KESELAMATAN
* PEMBANTU JUALAN

8) TDK (MALAYSIA) SDN. BHD.
* OPERATOR PENGELUARAN
* JURUTEKNIK

9) HINO MOTORS MANUFACTURING (MALAYSIA) SDN. BHD.
* ACCOUNTS EXECUTIVE - JAPANESE SPEAKING
* TEAM MEMBER

10) NEXPERIA MALAYSIA SDN. BHD.
* JURUTERA
* JURUTEKNIK

11) LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON
* PEMBANTU PERKHIDMATAN RESTORAN
* PEMBANTU DAPUR
* PEMBANTU PEMBERSIHAN HOTEL
* JURUTERAPI SPA
* PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN
* PEMBANTU PEMBERSIHAN BILIK

12) CTRM AERO COMPOSITES SDN. BHD. (SKIM LATIHAN DUAL NASIONAL)
* PELATIH PERANTISAN SLDN
* PELATIH PERANTISAN BLUE COLLAR


* PELATIH INSEP